Sejarah Sekolah Kebangsaan Petaling 1
Sejarah Sekolah Kebangsaan
Petaling 1 ini berhubung rapat dengan sejarah Kampung Petaling yang berada di
antara Kuala Lumpur dan Kelang.Tempat perhentian sepanjang Sungai Kelang iaitu
Batu Tiga lebih dikenali sebagai Damansara pada masa kini adalah antara kawasan
terawal yang telah dibuka sebagai
kampung sebelum Kampung Petaling. Apabila penduduk kampung di kawasan Batu Tiga
bertambah ramai, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah Melayu di sana
pada tahun 1908.Pada masa itu kanak dari Kampung Petaling terpaksa ke Batu Tiga
dengan meniki kereta api untuk bersekolah.
Namun,apabila penduduk
Kampung Petaling bertambah ramai, mereka telah meminta Pejabat Pelajaran Selangor supaya membina sekolah Melayu di
Petaling.Tidak lama selepas itu, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah
di Petaling ini dengan menyewa sebuah rumah daripada Tuan Haji Baharudin yang
berdekatan dnegan Perhentian Kereta Api
Petaling.
Sekolah
tersebut telah dirasmikan pembukaanya pada 7 April 1914 dan seorang Guru Besar
iaitu Allahyarham Cikgu Kasim bin Lebai
telah ditugaskan mengajar . Hanya 9 orang murid lelaki sahaja yang
mendaftar semasa pembukaanya.Kebanyakkan
murid–murid tersebut pernah ber sekolah di Batu Tiga sebelum perpindah
ke sekolah ini.
Selepas dua bulan beroperasinya
sekolah ini, murid-murid telah bertambah kepada 56 orang.Pada akhir tahun 1914
jumlah murid telah meningkat kepada 58 orang.Antara 58 oreang murid pada tahun
pertama itu,didapati 15 orng murid dapat menamatkan persekolahan Darjah 5,iaitu
darjah tertinggi dalam Sekolah Melayu sebelum Perang dunia yang ke-2.
Oleh
kerana bangunan sekolah itu bangunan yang tetap yang bertempat di Lot No.811 pada tahun 1916.Tapak bangunan
ini letaknya di simpang tiga jalan iaitu Kuala Lumpur, Kelang dan Jalan Stesen
Petaling bersetentang denagan Pejabat Pos
Petaling.
Bilangan
murid telah bertambah dari semasa ke semasa.Pada tahun 1926,bangunan yang sedia
telah di tambah 50 kaki lagi menjadikan bentuk bangunannya seperti huruf “L”
Selepas
Perang Dunia yang ke-2,jumlah murid–muridnya telah berlipat kali ganda ramainya.Bangunan-bangunan
yang sempit terpaksa di tambah lagi untuk menampung jumlah murid yang semakin
ramai.
Oleh hal
yang demikian, penduduk Petaling telah mendirikan beberapa buah sekolah
sementara untuk menampung jumlah murid. Pada tahun 1948,sebuah bangunan
22x90kaki telah dibina.Pada tahun 1954,sebuah lagi bangunan18x28 kaki
dibina.Pada tahun 1955 di tambah lagi sebuah bangunan dengan seluas 36x30
kaki.Pada tahun 1956,ketika itu sekolah Melayu telah mengadakan kelas percuma
yang disebut “National Stream “ dan kerajaan telah menambah sebuah lagi
bangunan untuk menampung kelas tersebut. Walaupun demikian,keadaan sekolah
Melayu di Petaling ini masih lagi sempit
lagi sempit.
Pada tahun 1960, didapati jumlah
murid-muridnya telah meningkat kepada hampir 900 orang dengan bantuan guru
seramai 36 orang.Oleh kerana bangunan sekolah ini sempit,maka sekolah telah
mengadakan dua sesi untuk
pembelajaran,iaitu sesi pagi dan juga sesi petang.Awal tahun 1964 barulah
dikemukakan membina bangunan baharu ini.
MEMORI YANG DIKENANG :
EDITING BY :
Abd Muim bin Shawal Hisam
MEMORI YANG DIKENANG :
EDITING BY :
Abd Muim bin Shawal Hisam
Izinkan saya menambah catitan . Bersekolah di sini tahun 1975 hingga 1980. Majoriti kami adalah warga setinggan Kg Sentosa, Kg Pinang , Kg Manggis , Kg Pasir . Tiada bekalan air, letrik dan tandas yg sempurna. Banjir menjadi pesta tahunan. Namun jasa guru-guru SKP amat di sanjungi .Guru-guru mengajar kami supaya tidak mewarisi dan keluar dari kemiskinan dan kami telah berjaya. Ada yang telah menjadi akaunntan , guru , pengurus bank dll.Jasa mu guru SKP dulu dan sekarang amat saya sanjungi hingga ke akhir hayat. Ikhlas dari saya SKP 1975-80 AMAD DAHLAN SANI -PENGURUS BANK ISLAM BAGAN SERAI. amaddahlan@bankislam.com.my
ReplyDeleteSalam sejahtera
ReplyDeletebesarlah harapan saya agar ditubuhkan alumni sekolah tercinta ini. Ramai bekas pelajar yang telah berjaya, boleh dikongsi dengan pelajar-pelajar sekarang.
Saya masih ingat lagi no pendaftaran saya di sekolah ini : 7504
TERIMA KASIH KEPADA CHEKGU HAMID YG TELAH MENDIDIK SAYA...
ReplyDeleteterima kasih kepada chekgu hamid kerana mendidik saya...PTD PINANG SEBATANG
ReplyDeleteterima kasih smua guru-guru yang telah mengajar saya dari 1979 hingga 1984......rindu SK Petaling , kini saya berugas di SK Tanjong Piandang Perak sbg Pembantu Tadbir
ReplyDeletesaya Baharudin Moh pernah mengajar di sk petaling dr 1999 hingga 2004.
ReplyDeleteDulu sy sekolah di SK P (1) tahun 1993-1999...tadi daftarkan anak di sekolah yang sama...Bangunan nyer memang mengimbau kenangan lama....terserempak dengan Cikgu Hamid..masih hensem seperti dulu...
ReplyDelete