SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017/1438 HIJRAH

Ucapan hari raya 2017


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,

Ketika fajar syawal menjelma..
Sang Pengembara masih di sini..
Bersendiri mencari erti..
Jauh dari tanahair sendiri..
Keluarga yang disayangi..
Sahabat yang sejati..
Hanya ucapan penganti diri..
Maaf Zahir Dan Batin..

Awal Syawal rai kemenangan.
Umat Islam saling berkunjung,
Tahmid bertadbir erti ketenangan,
Bagi insan penuh kekurangan,
Selamat Manyambut Hari Lebaran…

Takbir bergema dihening pagi,
Memohon keampunan kehadrat Ilahi,
Kini Syawal menjelma lagi,
Dengan ucapan Salam Aidilfitri

Ya Allah
Di bulan syawal yang berkah ini,
Muliakanlah saudara-saudaraku,
Bahagiakanlah keluarganya,
Sihati tubuh badanya,
Berkatilah rezekinya,
Kuatkanlah imannya,
Berikanlah kekuatan ibadah kepadanya,
Jauhkanlahnya dari fitnah,
Suburkanlah benih keislaman pada keturunannya,
Masukkan dia dalam syurga-mu tanpa hisap,
Taqabbalallahu minna wa min ka.

Semoga Ramadhan
Membawa seribu keinsafan
Semoga syawal
Membawa seribu kegembiraan
Semoga Aidilfitri
Membawa seribu kenangan

Untuk setiap kata
Yang tak terjaga,
Hati dengan prasangka,
Janji yang tak terpenuhi,
Kesalahan yang sengaja
Hilaf yang tak disangka…
Maafkan manusia yang tak sempurna ini…

Alangkah indahnya
Hari yang mulia ini
apabila kita saling bermaaf.
Tiada dendam,
tiada luka dan tiada hasad.
Semuanya berkisar
tentang silaturrahim
yang mesra…

Sempena menyambut hari lebaran yang bakal tiba SK Petaling 1 ingin mengucapkan “Selamat Menyambut hari Raya Aidilfitri” buat semua warga sekolah dan masyarakat yang menyambutnya. Sambutlah hari kemenangan ini dengan kegembiraan di samping keluarga tersayang. Semoga semangat ukhwah kita akan bertambah erat.

Ingatan tulus iklas dari kami SK Petaling 1
Share on Google Plus

About SK PETALING 1

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment