Anak
adalah permata bagi setiap insan. Sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk
sahsiah, kepimpinan, motivasi dan hala tuju diri seorang murid. Selain itu,
program ini juga menyelitkan mesej-mesej kepimpinan sebagai sebahagian daripada
pendidikan yang dibawa melalui program ini atas satu hasrat iaitu membantu
melahirkan pemimpin yang cemerlang dan berintegriti tinggi.
MATLAMAT
Program
ini bertujuan untuk membantu
meningkatkan tahap keyakinan diri, akademik serta kepimpinan murid. Ia juga
dapat membentuk potensi diri serta mewujudkan sifat keikhlasan, motivasi,
keyakinan diri serta pembentukan pelan tindakan diri yang bebas daripada gejala
negatif bagi menjadi pemimpin masa hadapan. Selain itu ia merupakan satu
program untuk meningkatkan kualiti diri untuk memandu dan membimbing diri serta
rakan sebaya.
OBJEKTIF
1. Murid-murid dapat mengenal tanggungjawab
dan fungsi kepimpinan dalam diri.
2. Murid mendapat semangat baru untuk
menjadi murid dan pemimpin yang cemerlang serta bebas daripada angkara negatif.
3. Murid dapat menyedari kekuatan dan
kelemahan diri dan bersedia meningkatkan
ketrampilan diri
4. Murid semakin proaktif dan menyusun gerak
kerja secara berpasukan dan menetapkan matlamat (visi) kumpulan dengan lebih
jelas dan berpraktikal
ANJURAN
1. Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Petaling
1.
2. Unit Hal Ehwal Murid SK Petaling 1
3.
Unit Disiplin SK Petaling 1
TARIKH
DAN TEMPAT
Tarikh : 23 Mac 2014
Hari : Sabtu
Tempat : SK Petaling 1
0 comments:
Post a Comment