Sukaneka Tahun 1 dan Sesi Bergambar

Sukaneka Tahun 1 dan Sesi Bergambar SK Petaling 1 2014 Program Kementerian

Sukaneka Tahun 1 dan Sesi Bergambar SK Petaling 1 2014 Program Kementerian
PENGENALAN
Program Transisi Prasekolah ke Tahun satu merupakan program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa sama program ini juga memastikan agar semua murid tahun satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Tujuan program:
1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun 1.
3. Meningkatakan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

Objektif;
1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.
2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses.
4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
5. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu sama lain serta penglibatan menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukan minda cerdas.Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka malalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.Selain dari itu, malalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya:
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan,suasana,persekitaran dan guru-guru yang baru.Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti –aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah,guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka.Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.
Share on Google Plus

About SK PETALING 1

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment