SEJARAH SEKOLAH


Sejarah Sekolah Kebangsaan Petaling 1

SK PETALING 1 2012

Sejarah Sekolah Kebangsaan Petaling 1 ini berhubung rapat dengan sejarah Kampung Petaling yang berada di antara Kuala Lumpur dan Kelang.Tempat perhentian sepanjang Sungai Kelang iaitu Batu Tiga lebih dikenali sebagai Damansara pada masa kini adalah antara kawasan terawal yang telah dibuka  sebagai kampung sebelum Kampung Petaling. Apabila penduduk kampung di kawasan Batu Tiga bertambah ramai, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah Melayu di sana pada tahun 1908.Pada masa itu kanak dari Kampung Petaling terpaksa ke Batu Tiga dengan meniki kereta api untuk bersekolah.

Namun,apabila penduduk Kampung Petaling bertambah ramai, mereka telah meminta Pejabat Pelajaran  Selangor supaya membina sekolah Melayu di Petaling.Tidak lama selepas itu, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah di Petaling ini dengan menyewa sebuah rumah daripada Tuan Haji Baharudin yang berdekatan dnegan Perhentian Kereta Api  Petaling.
           
            Sekolah tersebut telah dirasmikan pembukaanya pada 7 April 1914 dan seorang Guru Besar iaitu Allahyarham Cikgu Kasim bin Lebai  telah ditugaskan mengajar . Hanya 9 orang murid lelaki sahaja yang mendaftar semasa pembukaanya.Kebanyakkan  murid–murid tersebut pernah ber sekolah di Batu Tiga sebelum perpindah ke sekolah ini.
             
           Selepas dua bulan beroperasinya sekolah ini, murid-murid telah bertambah kepada 56 orang.Pada akhir tahun 1914 jumlah murid telah meningkat kepada 58 orang.Antara 58 oreang murid pada tahun pertama itu,didapati 15 orng murid dapat menamatkan persekolahan Darjah 5,iaitu darjah tertinggi dalam Sekolah Melayu sebelum Perang dunia yang ke-2.

            Oleh kerana bangunan sekolah itu bangunan yang tetap yang bertempat  di Lot No.811 pada tahun 1916.Tapak bangunan ini letaknya di simpang tiga jalan iaitu Kuala Lumpur, Kelang dan Jalan Stesen Petaling bersetentang denagan Pejabat Pos  Petaling.

            Bilangan murid telah bertambah dari semasa ke semasa.Pada tahun 1926,bangunan yang sedia telah di tambah 50 kaki lagi menjadikan bentuk bangunannya seperti huruf “L”
            Selepas Perang Dunia yang ke-2,jumlah murid–muridnya telah berlipat kali ganda ramainya.Bangunan-bangunan yang sempit terpaksa di tambah lagi untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai.

            Oleh hal yang demikian, penduduk Petaling telah mendirikan beberapa buah sekolah sementara untuk menampung jumlah murid. Pada tahun 1948,sebuah bangunan 22x90kaki telah dibina.Pada tahun 1954,sebuah lagi bangunan18x28 kaki dibina.Pada tahun 1955 di tambah lagi sebuah bangunan dengan seluas 36x30 kaki.Pada tahun 1956,ketika itu sekolah Melayu telah mengadakan kelas percuma yang disebut “National Stream “ dan kerajaan telah menambah sebuah lagi bangunan untuk menampung kelas tersebut. Walaupun demikian,keadaan sekolah Melayu di Petaling ini masih  lagi sempit lagi sempit.

             Pada tahun 1960, didapati jumlah murid-muridnya telah meningkat kepada hampir 900 orang dengan bantuan guru seramai 36 orang.Oleh kerana bangunan sekolah ini sempit,maka sekolah telah mengadakan dua sesi  untuk pembelajaran,iaitu sesi pagi dan juga sesi petang.Awal tahun 1964 barulah dikemukakan membina bangunan baharu ini.



MEMORI YANG DIKENANG :

EDITING BY :
Abd Muim bin Shawal Hisam
    Blogger Comment

7 comments:

  1. Izinkan saya menambah catitan . Bersekolah di sini tahun 1975 hingga 1980. Majoriti kami adalah warga setinggan Kg Sentosa, Kg Pinang , Kg Manggis , Kg Pasir . Tiada bekalan air, letrik dan tandas yg sempurna. Banjir menjadi pesta tahunan. Namun jasa guru-guru SKP amat di sanjungi .Guru-guru mengajar kami supaya tidak mewarisi dan keluar dari kemiskinan dan kami telah berjaya. Ada yang telah menjadi akaunntan , guru , pengurus bank dll.Jasa mu guru SKP dulu dan sekarang amat saya sanjungi hingga ke akhir hayat. Ikhlas dari saya SKP 1975-80 AMAD DAHLAN SANI -PENGURUS BANK ISLAM BAGAN SERAI. amaddahlan@bankislam.com.my

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera
    besarlah harapan saya agar ditubuhkan alumni sekolah tercinta ini. Ramai bekas pelajar yang telah berjaya, boleh dikongsi dengan pelajar-pelajar sekarang.
    Saya masih ingat lagi no pendaftaran saya di sekolah ini : 7504

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH KEPADA CHEKGU HAMID YG TELAH MENDIDIK SAYA...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada chekgu hamid kerana mendidik saya...PTD PINANG SEBATANG

    ReplyDelete
  5. terima kasih smua guru-guru yang telah mengajar saya dari 1979 hingga 1984......rindu SK Petaling , kini saya berugas di SK Tanjong Piandang Perak sbg Pembantu Tadbir

    ReplyDelete
  6. saya Baharudin Moh pernah mengajar di sk petaling dr 1999 hingga 2004.

    ReplyDelete
  7. Dulu sy sekolah di SK P (1) tahun 1993-1999...tadi daftarkan anak di sekolah yang sama...Bangunan nyer memang mengimbau kenangan lama....terserempak dengan Cikgu Hamid..masih hensem seperti dulu...

    ReplyDelete