SK Petaling 1 Melaksanakan SPSK 3.0 2016

Dari tahun 2014 hingga 2016 kami warga kerja SK Petaling 1 telah melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti 3.0 dengan penuh didikasi dalam memastikan SK Petaling ditadbir dengan penuh telus dan bertanggungjawab untuk peningkatan dan pembangunan kepada murid,masyarakat dan negara.

Apa itu SPSK?
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ( SPSK ) adalah Satu Sistem Pengurusan Kualiti yang mengikut tatacara sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 yang komited untuk meningkat dan memantapkan PEMBELAJARAN dan PENGAJARAN ( P&P ) yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Dasar Kualiti :
PPWBP/ Sekolah di wilayah bangsar dan pudu bertekad untuk memastikan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan di laksanakan secara profesional , efisen dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja sepasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

8 Prinsip SPSK

1. Tumpuan kepada pelanggan
Pelanggan merupakan sebabnya wujud sesebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu organisasi perlu dapat melebihi ekspetasi pelanggan.

2. Kepimpinan
Pengurusan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai matlamat pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan ianya masih sesuai dan berkesan.

3. Penglibatan anggota organisasi
Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi. Penglibatan dan kompetensi anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi.

4. Pendekatan proses
Pendekatan proses bermakna input, proses transformasi input-input ini dan output kepda proses transformasi itu dikenalpasti. Hasil yang dihasratkan, iaitu output daripada proses transformasi ini akan dapat dicapai dengan lebih cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber-sumber yang terlibat diuruskan mengikut pendekatan proses.

5. Pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem.
Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubungkait dikenalpasti dan diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap.

6. Penambahbaikan secara berterusan
Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif tetap organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan ke atas sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasaskandasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.

7. Pendekatan membuat keputusan berdasarkan fakta.
Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya keputusan-keputusan inin lebih berkesan.

8. Hubungan dengan pelanggan untuk faedah bersama
Organisasi dan pelanggannya saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang baik akan membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.

spsk
poster

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment