PERUTUSAN GURU BESAR

Sk petaling 1, perutusan, teknologi,maklumat,di,sekolah,program,pembestarian,
ENCIK OTHMAN BIN MD. ZAIN
( GURU BESAR SK PETALING 1 )
Assala­mualaikum & Salam Sejahtera,

Seko­lah Kebangsaan Petaling 1 (SKP1) telah melangkah seta­pak lagi ke hada­pan den­gan penambahbaikan blog seko­lah ini. Seir­ing den­gan kema­juan teknologi mak­lumat dan komu­nikasi yang semakin hari semakin maju, kami ten­tunya tidak mahu ket­ing­galan dalam men­gap­likasikan dan men­eroka kema­juan terse­but sendiri.

Den­gan kewu­ju­dan laman sesawang ini, SK Petaling 1 mula berg­erak beriringan bersama-sama
den­gan seko­lah yang lain dalam usaha menongkah arus kema­juan teknologi mak­lumat dan
 komu­nikasi. Ia sudah men­jadi satu keper­luan pada masa kini untuk setiap organ­isasi dalam
 mengem­bangkan sayap seja­jar den­gan pem­ban­gu­nan negara ke arah melahirkan rakyat yang celik teknologi mak­lumat dan komunikasi.

Seba­gai sebuah seko­lah yang bersta­tus Seko­lah Maya, laman sesawang ini secara tidak lang­sung dapat meman­tap­kan kred­i­bil­iti SK Petaling 1 seba­gai seko­lah con­toh dari segi pem­ban­gu­nan teknologi mak­lumat dan komunikasi.

Hara­pan kami di masa hada­pan, SK petaling 1 dapat melahirkan gen­erasi yang celik teknologi
mak­lumat dan komu­nikasi dalam meng­harungi dunia yang semakin men­cabar dari masa ke semasa.

“Sentiasa Memandang Ke Hadapan”

Ter­ima kasih.

En Othman Bin Md.Zain
Guru Besar
Seko­lah Kebangsaan Petaling 1, Kuala Lumpur.
01 Januari 2017
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment