Salam Maal Hijrah 2014

Salam Maal Hijrah 2014

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Justeru pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat  Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1436H kepada seluruh Muslimin dan Muslimat warga SK Petaling 1. Semoga Allam menerima semua amalan kita pada tahun ini dan semoga tahun baharu kita akan sama-sama berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat semata-mata kerana Allah SWT. Didoakan kita diberikan taufik, hidayah dan sentiasa dalam rahmatNYA. Insya Allah....
Share on Google Plus

About SK PETALING 1

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment