Taklimat Sarana Ibubapa dan Hari Mesra Ibubapa

Taklimat dijalankan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa terhadap peranan mereka dalam memajukan pendidikan anak-anak dan meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak. Taklimat telah sampaikan oleh En. Amiruddin Sahudi, Jurulatih Utama Kebangsaan /YDP SK Setiawangsa dibantu oleh AJK PIBG dan pihak sekolah. Kehadiran ibu bapa amatlah membanggakan.

Semasa sesi taklimat, ibu bapa mengisi borang soal-selidik sarana ibu bapa dan sarana sekolah serta borang khidmat bantu kepada sekolah. Ibu bapa yang hadir juga diberikan buku sarana ibu bapa yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil dapatan didapati ramai ibu bapa mempunyai kesedaran terhadap peranan mereka dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga ingin membantu pihak sekolah dalam pelbagai bidang kepakaran.

Aktiviti Sepanjang Program :


Share on Google Plus

About SK PETALING 1

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment