KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

Anak adalah permata bagi setiap insan. Sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah, kepimpinan, motivasi dan hala tuju diri seorang murid. Selain itu, program ini juga menyelitkan mesej-mesej kepimpinan sebagai sebahagian daripada pendidikan yang dibawa melalui program ini atas satu hasrat iaitu membantu melahirkan pemimpin yang cemerlang dan berintegriti tinggi.

MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk  membantu meningkatkan tahap keyakinan diri, akademik serta kepimpinan murid. Ia juga dapat membentuk potensi diri serta mewujudkan sifat keikhlasan, motivasi, keyakinan diri serta pembentukan pelan tindakan diri yang bebas daripada gejala negatif bagi menjadi pemimpin masa hadapan. Selain itu ia merupakan satu program untuk meningkatkan kualiti diri untuk memandu dan membimbing diri serta rakan sebaya.

OBJEKTIF
1.       Murid-murid dapat mengenal tanggungjawab dan fungsi kepimpinan dalam diri.
2.      Murid mendapat semangat baru untuk menjadi murid dan pemimpin yang cemerlang serta bebas daripada angkara negatif.
3.      Murid dapat menyedari kekuatan dan kelemahan diri dan bersedia meningkatkan  ketrampilan diri
4.      Murid semakin proaktif dan menyusun gerak kerja secara berpasukan dan menetapkan matlamat (visi) kumpulan dengan lebih jelas dan berpraktikal

ANJURAN
1.      Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Petaling 1.
2.      Unit Hal Ehwal Murid SK Petaling 1
3.      Unit Disiplin SK Petaling 1

TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh               : 23 Mac 2014
Hari                      : Sabtu

Tempat               : SK Petaling 1

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment