Minggu Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Rajah 1: Aktiviti menghasilkan Projek Kain Rentang


Rajah 2: Persembahan Murid Tarian Tradisional Tahun 6


Pada 15 / 7 / 2013 sehingga 19 / 7 / 2013 telah berlangsungnya Minggu Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Dua orang Guru Praktikum iaitu Nur Syakilawani Bt. Abd Samad dan Nur Syazana Bt. Bederi Sham telah bertindak selaku Pengerusi dan Penyelaras Program yang menganjurkan minggu panitia tersebut. Minggu panitia ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.


Terdapat beberapa program yang dianjurkan sepanjang minggu panitia. Antaranya ialah Persembahan Tarian Tradisional, Kuiz Kemerdekaan Tahap Dua, Pertandingan Mewarna Poster untuk tahap 1, Pertandingan Kelas Patriotik, dan Projek Kajian Rentang Jalur Gemilang. Berikut merupakan butiran ringkas berkenaan program yang dilaksanakan:

Kuiz Kemerdekaan tahap 2 telah mendapat sambutan yang positif daripada murid tahap 2 dan Pertandingan Mewarna Poster telah mendapat kerjasama daripada guru dan murid tahap 1 yang terlibat. Bagi pertandingan kelas patriotik yang berlangsung selama tiga hari didapati kelas-kelas telah menghias kelas masing-masing dengan bertemakan patriotisme. Projek Kain Rentang Jalur Gemilang merupakan aktiviti kemuncak minggu panitia apabila murid tahun 5 menunjukkan disiplin yang tinggi ketika mengecop tangan pada bendera. Pada 18/7/2013 penilaian bagi kelas patriotik telah dilaksanakan.

Majlis penutupan minggu panitia telah dilaksanakan dengan jayanya pada 19/7/2013 apabila pemenang telah diumumkan. Murid juga terhibur dengan persembahan tarian yang menggabungkan tarian India,Cina dan Melayu sebagai tanda penutupan minggu panitia tersebut. Ucapan terima kasih diucapkan buat semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung. Semoga program seperti ini terus mendapatkan sokongan yang positif daripada semua pihak.

Telah dikemaskini oleh : Nur Syakilawani Bt Abd Samad dan Nur Syazana Bt. Bederi Sham


Share on Google Plus

About SK PETALING 1

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment