Pertandingan MSSKL Pasukan Bola Sepak Sk Petaling 1

Pertandingan MSSKL Pasukan Bola Sepak Sk Petaling 1

Pasukan bola sepak sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Sepak MSS Zon Bangsar di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala . Pasukan sekolah telah dapat melepasi peringkat kumpulan dengan jayanya namun terkandas di peringkat suku akhir dalam kejohanan tersebut.

Walaupun terdapat pelbagai masalah dan rintangan yang dihadapi sewaktu melatih dan menguruskan Pasukan ini namun ia tidak melemahkan semangat semua pemain-pemain muda sekolah ini. Dengan Sokongan Guru Besar SK Petaling 1 juga banyak memberikan sumber kekuatan kepada pasukan ini. Sokongan semua pihak terutama dari unit KoKurikulum yang diterajui oleh Pn Rodzaini dan En Faizul telah banyak membantu didalam memastikan Pasukan ini dapat dibentuk dengan baik. Sokongan moral dari semua guru-guru juga amat dihargai. 

Terima Kasih juga diucapkan kepada jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak SK Petaling 1 yang samggup berkorban masa untuk melatih murid ini Guru yang terlibat adalah En Shaiful Anwar dan En Adru Nizam.

 Berikut adalah keputusan perlawanan

Juara Kumpalan :

SK Petaling 1 VS SKJ(T) Jalan Bangsar 3 - 0

SK Petaling 1 VS SK Sungai Penchala  1 - 0

SK Petaling 1 VS SK Jalan Bellamy 1 - 0

Suku Akhir 

SK Petaling 1 VS SK Seri Setia 0 - 1 

Coretan Peristiwa :
 
Share on Google Plus

About SK PETALING 1

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment