Pelancaran minggu PPDA 2013

Pelancaran minggu PPDA 2013Isnin, 18 Mac 2013 satu majlis pelancaran Minggu AntiDadah Peringkat sekolah telah disempurnakan dengan jayanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Muniandy a/l Suppiah, Guru Besar SK Petaling 1. Dalam ucapannya, beliau menasihatkan murid-murid agar mengambil tahu banyak perkara tentang dadah sama ada melalui bahan bacaan mahu media massa yang lain.

Majlis diteruskan dengan perutusan oleh Pengarah pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dibacakan oleh Puan Tham Lai Wun, GPK HEM SK Petaling 1.

Kemuncak pelancaran ini adalah semua warga sekolah bangun berikrar untuk menjauhi najis dadah. Ikrar diketuai oleh En Shaiful Anuar Darus. Sepanjang minggu ini sesi pembelajaran bertema digunakan bagi semua mata pelajaran iaitu pembelajaran bertemakan antidadah.

Beberapa pertandingan melibatkan murid akan dijalankan seperti teka silangkata, bersajak, berpantun, poster, mewarna dan sebagainya.
Share on Google Plus

About SK PETALING 1

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment