Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Pada hari ini, Selasa 10 JULAI 2012 telah mengadakan senamrobik  1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Keratan Kosmo tentang Program Senamrobik ini :
PETALING JAYA – Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini.

Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Wawasan USJ 15 di sini.

Dalam perutusannya semasa melancarkan program itu, Muhyiddin berkata, dasar 1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah.

"Saya bersyukur kerana dasar 1Murid 1Sukan turut memperlihat hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana jelas terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia.

"Justeru, bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang secara tidak langsung menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sekolah,” katanya.

Tahun lepas, kementerian mencatat nama dalam MBR melalui program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dijayakan oleh 4.1 juta pelajar dari 9,980 sekolah seluruh negara. –  10/07/2012 11:43am BERNAMA

P/S :
Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Terima Kasih juga diucapkan kepada Semua AJK PIBG dan Ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk terlibat sama didalam menjayakan aktiviti ini.
Sorotan Aktiviti :




Share on Google Plus

About SK PETALING 1

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment